Categories

Biskut Epal

0 komen



Bahan Doh :
  • 500g tepung gandum
  • 315g butter/marjerin
  • 2 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • Pewarna hijau
  • Cengkih
Cara :
  1. Satukan tepung gandum dengan butter/marjerin. Ramas rata dengan hujung jari.  Ketepikan.
  2. Kacau telur dan pewarna hijau.
  3. Masukkan telur dalam adunan sehingga menjadi doh.
  4. Bulatkan doh dan isi inti jem. Bulatkan dan lekukkan diatas bebola.
  5. Sapu atas bebola dengan telur berwarna hijau dan letak cengkih.
  6. Bakar pada suhu 180 selama 15 minit.

Bahan Inti :
  • Nenas
  • Gula
  • Pewangi Rose/kulit kayu manis
  • Tepung jagung
Cara :
  1. Parut nenas dan masukkan semua bahan. Kacau sehingga kering.
 Kuantiti : 150 biji saiz sederhana.


Oreo Chilled Cheesecake

0 komen


Bahan Base :
  • 330g biskut oreo (asingkan krim, krim jgn buang)
  • 70g butter/unsalted butter

Cara:
  1. Tumbuk² biskut oreo sampai jadi serbuk
  2. Panaskan butter/unsalted butter sampai cair, tutup api dan masukkan biskut, kacau rata.
  3. Mampatkan bahan² dalam loyang 8"
  4. Masukkan dalam peti ais sambil tu buat bahan untuk kek.

Bahan Kek:
  • 250g cream cheese  200g whipping cream
  • 1 sb gelatin, larutkan dalam air panas sampai tak berketul
  • 1 sb lemon (guna limau nipis je)
  • Krim biskut oreo yang tak bagi buang td...
  • Biskut oreo tanpa krim..patah 4...klu tak letak pun takpe...kalau letak jadilah mcm gambar tu..ada filling kat keknya..

Cara:
  1. Mixer cream cheese dan baru masukkan whipping cream dengan kelajuan sederhana selama +-5 minit.
  2. Dalam tempat lain, satukan gelatin dan air lemon.
  3. Masukkan 2. ke dalam adunan 1 tadi...mixer sekejap.
  4. Masukkan krim biskut oreo...mixer sekejap.
  5. Masukkan kepingan biskut oreo yang dah patah 4 tu dan kacau.
  6. Keluarkan Base daripada peti ais dan masukkan adunan kek.
  7. Simpan dalam peti dam 4-5 jam atau semalaman.

Nota : Tak guna gula sebab dah ganti dengan krim biskut oreo yg sangat manis...whipping cream pn guna yg manis..nak tebal doublekan adunanlah yer..

Roti Jala

0 komen

Bahan Roti + Cara :
SATUkan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan susu cair/santan
1 sudu teh minyak
1 biji telur
Pewarna kuning
Kisar sehingga ringan dan tapis adunan

*Adunan memang cair, penuhkan acuan dengan adunan ketika menjala ikan

Leser dengan sedikit minyak pada kuali ketika menjala [jika tak menggunakan kuali tanpa lekat]

Bubur Candil

0 komen

Bahan² Bubur Tepung :

SATUkan :

  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
  • Gaul sehingga sebati dan tidak melekat
  • Bulat²kan sebesar duit syiling 20 sen

Cara :
  1. Didihkan air dan masukkan bubur tepung yang telah dibulatkan, masak sehingga timbul dipermukaan air.
  2. Angkat dan toskan.

Bahan² Sirap :

SATUkan :
  • 1 cawan santan kelapa
  • 1 helai daun pandan
  • Gula merah/Gula melaka secukupnya
  • Gula pasir secukupnya
  • Sedikit garam
Cara :
  1. Kacau semua bahan diatas api yang sederhana.
  2. Masukkan bubur tepung yang telah ditoskan tadi.
*Boleh juga dihidangkan setelah disejukkan didalam peti ais.

Sumber Asal : Resepi Mak

Spaghetti Bolognese Sukahati...

2 komen

Bahan Spaghetti + Cara :
REBUS:

  • 1/2 paket Spaghetti
  • Sedikit minyak (supaya spaghetti tidak melekat)
  • Rebus sehingga lembut dan toskan


Bahan Sos + Cara :

TUMIS :

  • 2 sudu besar Olive Oil/minyak masak
  • 1 sudu besar bawang kisar (merah + putih)
  • 1 biji bawang merah (hiris)
  • 2 biji bawang putih (hiris)
  • 1 sudu besar cili kisar (jika mahu pedas)
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1/2 tiub daging kisar 
  • Air, garam dan gula secukup rasa


MASUKkan:

  • 2 batang sosej (hiris bulat)
  • Sayur campur secukupnya
  • Cendawan butang secukupnya
  • Oregano/Rosemary leaves


HIASkan:

  • Oregano/Rosemary leaves
  • Parutan keju


AnDa YaNG Ke-