Categories

Kek Oren Blended

0 komen


Bahan² :
  • 1 biji buah limau
  • 122g minyak
  • 70g gula halus
  • 110g telur (2 biji gred A)
  • 140g tepung superfine 
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar susu pekat
  • Sedikit pewarna oren/kuning
Cara :
  1. Buah limau diparut kulit orenya sahaja, kulit putih dibuang, buang biji dan urat putih. Potong kecil.
  2. Masuk separuh parutan kulit limau, buah limau yang dipotong, minyak, gula, telur dalam blender dan kisar hingga halus.
  3. Masukkan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk lain.
  4. Masukkan tepung superfine dan baking powder sedikit² ke dalam adunan kisar tadi. Kacau sebati.
  5. Selang seli dengan susu. Kacau sebati.
  6. Sedikit pewarna. Kacau sebati.
  7. Akhir sekali, baki parutan kulit limau. Kacau sebati.
  8. Panaskan oven 170C selama 20 minit, masukkan dan panaskan loyang pada 10 minit terakhir yang digris dengan marjerin dan taburkan sedikit tepung.  Bakar selama 20 minit pada suhu yang sama.

Resepi Asal : MyResepi

Promosi HADIAH & REBAT

0 komen
Terbuka kepada semua pelanggan TM


Dapatkan RM2 REBAT setiap bulan dengan menDAFTAR secara AUTOPAY bil² TM 

(telefon/streamyx/unifi/cdma dll.)

Setiap pendaftaran akan dihadiahkan item seperti dalam gambar.

1 atau 2 akaun = 1 Shoe Beg @ 1 USB port


3 akaun = 1 Beg pack







USB port



Beg pack


Shoe Beg



Tinggalkan EMEL anda untuk disalurkan borang PENDAFTARAN ye...^_^



Kuih Lapis

0 komen


Bahan² :
SATUkan :
  • 300g tepung gandum
  • 75g tepung beras
  • 84g tepung jagung/kastard
  • 150g gula 
  • 900ml santan kelapa
  • Sedikit garam
  • Setitik esen ros
  • Pewarna
Cara :
  1. Panaskan pengukus.
  2. Gaul semua bahan sebati dan tapis.
  3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, 1 adunan berwarna, 1 adunan putih warna asal.
  4. Sapu minyak pada loyang untuk mengelakkan adunan melekat.
  5. Tuang adunan dengan senduk menutupi dasar loyang.  
  6. Lapiskan selang seli adunan berwarna dan putih warna asal sehingga habis.  
  7. Lapisan terakhir iaitu yang berwarna hendaklah dipekatkan warnanya sedikit untuk mencantikkan lagi permukaan kuih.
  8. Setiap lapisan dikukus 3-5 minit mengikut ketebalan lapisan.  Atas kukusan hendaklah ditutup dengan kain supaya air tidak menitik keatas adunan.

Nota : Resepi asal menggunakan anggaran cawan untuk sekali adunan.  Resepi ini telah diolah dengan menggunakan kiraan gram sebanyak 3 kali adunan untuk mendapatkan 1 loyang penuh, tinggi dan banyak lapisan.

Resepi Asal : Hanieliza




Cream Puff Custard

0 komen


Bahan² Puff :
SATUkan :
  • 100ml air
  • 45ml butter/marjerin
  • 600g tepung gandum - diayak
  • 100g telur atau 2 biji telur - dipukul rata dengan sudu
Cara :
  1. Masukkan air dan butter/marjerin masak sehingga mendidih.  
  2. Tutup api sebentar.
  3. Masukkan tepung gandum dan kacau cepat² sehingga rata dan tidak terlalu lembik.
  4. Pastikan adunan masih panas, jika tidak, pasangkan semula api sederhana dan tutup.
  5. Masukkan telur yang dipukul dan kacau cepat².  Hasilnya seperti gambar disebelah :-
  6. Alas dulang pembakar dengan tracing paper/kertas minyak.
  7. Masukkan adunan ke dalam beg/plastik piping dan gunakan nozel ATAU gunting muncung plastik piping.
  8. Paipkan adunan seperti gambar disebelah :-
  9. Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 180c sebelum membakar adunan.
  10. Bakar selama 20 minit pada suhu 180c.
  11. Sejukkan puff sebelum diisi inti custard.



Bahan² Inti Custard :
  • 150g instant custard
  • Fresh milk secukupnya
Cara :
SATUkan :
  1. Sebatikan instant custard dan fresh milk sikit².
  2. Masak diatas periuk dengan api paling kecil cukup untuk memanaskan dan sebatikan inti.  Hasilnya seperti gambar disebelah :-
  3. Gunakan shrink ubat memasukkan isi inti custard melalui bawah puff.


Kuantiti : +- 10 biji

Resepi Asal : My Resepi

iPAD2 + iPOD PERCUMA!!

0 komen
Entri Melekat sehingga 11 Oktober 2011 - entri baru sila skroll bawah yer...


PERCUMA!! 
korang dapat, kawan pun dapat , sama2 dapat!
klik SINI, DAPATKAN SEKARANG!!

Salam Aidilfitri 2011

0 komen
Assalamualaikum....

Buat SEMUA...
HATI-hati dijalanraya....
ZAKAT fitrah jangan dilupa...
SEDEKAH kepada yang tidak punya apa-apa...
DOA pada yang telah tiada......
IBU BAPA...bahagiakanlah mereka...


Biskut Cornflake Ceri

0 komen

Bahan A:
  • 350g butter/marjerin
  • 150g gula castor
  • 1 biji telur
  • Pewangi Rose/Vanilla
 Bahan B:
  • 100g tepung rose
  • 330g tepung gandum
 Bahan C:
  • 100g cornflake (ramas)
 Bahan D:
  • Cup kecil
  • Buah ceri yang dipotong kecil
  • Cornflake

Cara :
  1. Pukul Bahan A sehingga sebati.
  2. Masukkan Bahan B, pukul sebentar.
  3. Menggunakan sudip, masukkan Bahan C dan gunakan kaedah kaup dan kacau sehingga rata.
  4. Masukkan adunan dalam cup, hiaskan dengan ceri dan cornflake.
Kuantiti : +- 150 biji

AnDa YaNG Ke-