Posted by :|: TinTa Kibod :|: in
Kuih
Bahan² :
SATUkan :
- 300g tepung gandum
- 75g tepung beras
- 84g tepung jagung/kastard
- 150g gula
- 900ml santan kelapa
- Sedikit garam
- Setitik esen ros
- Pewarna
Cara :
- Panaskan pengukus.
- Gaul semua bahan sebati dan tapis.
- Bahagi adunan kepada 2 bahagian, 1 adunan berwarna, 1 adunan putih warna asal.
- Sapu minyak pada loyang untuk mengelakkan adunan melekat.
- Tuang adunan dengan senduk menutupi dasar loyang.
- Lapiskan selang seli adunan berwarna dan putih warna asal sehingga habis.
- Lapisan terakhir iaitu yang berwarna hendaklah dipekatkan warnanya sedikit untuk mencantikkan lagi permukaan kuih.
- Setiap lapisan dikukus 3-5 minit mengikut ketebalan lapisan. Atas kukusan hendaklah ditutup dengan kain supaya air tidak menitik keatas adunan.
Nota : Resepi asal menggunakan anggaran cawan untuk sekali adunan. Resepi ini telah diolah dengan menggunakan kiraan gram sebanyak 3 kali adunan untuk mendapatkan 1 loyang penuh, tinggi dan banyak lapisan.
Resepi Asal : Hanieliza
No Response to "Kuih Lapis"
Post a Comment