Categories

Bubur Candil

0 komen

Bahan² Bubur Tepung :

SATUkan :

  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
  • Gaul sehingga sebati dan tidak melekat
  • Bulat²kan sebesar duit syiling 20 sen

Cara :
  1. Didihkan air dan masukkan bubur tepung yang telah dibulatkan, masak sehingga timbul dipermukaan air.
  2. Angkat dan toskan.

Bahan² Sirap :

SATUkan :
  • 1 cawan santan kelapa
  • 1 helai daun pandan
  • Gula merah/Gula melaka secukupnya
  • Gula pasir secukupnya
  • Sedikit garam
Cara :
  1. Kacau semua bahan diatas api yang sederhana.
  2. Masukkan bubur tepung yang telah ditoskan tadi.
*Boleh juga dihidangkan setelah disejukkan didalam peti ais.

Sumber Asal : Resepi Mak

Spaghetti Bolognese Sukahati...

2 komen

Bahan Spaghetti + Cara :
REBUS:

  • 1/2 paket Spaghetti
  • Sedikit minyak (supaya spaghetti tidak melekat)
  • Rebus sehingga lembut dan toskan


Bahan Sos + Cara :

TUMIS :

  • 2 sudu besar Olive Oil/minyak masak
  • 1 sudu besar bawang kisar (merah + putih)
  • 1 biji bawang merah (hiris)
  • 2 biji bawang putih (hiris)
  • 1 sudu besar cili kisar (jika mahu pedas)
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1/2 tiub daging kisar 
  • Air, garam dan gula secukup rasa


MASUKkan:

  • 2 batang sosej (hiris bulat)
  • Sayur campur secukupnya
  • Cendawan butang secukupnya
  • Oregano/Rosemary leaves


HIASkan:

  • Oregano/Rosemary leaves
  • Parutan keju


AnDa YaNG Ke-