Categories

Biskut (2) Bubur (1) Juadah Sampingan (2) Kek (2) Kuih (1) Makanan Barat (1) Mi (1) Pencuci Mulut (1)
Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Kek Oren Blended

0 komen


Bahan² :
  • 1 biji buah limau
  • 122g minyak
  • 70g gula halus
  • 110g telur (2 biji gred A)
  • 140g tepung superfine 
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar susu pekat
  • Sedikit pewarna oren/kuning
Cara :
  1. Buah limau diparut kulit orenya sahaja, kulit putih dibuang, buang biji dan urat putih. Potong kecil.
  2. Masuk separuh parutan kulit limau, buah limau yang dipotong, minyak, gula, telur dalam blender dan kisar hingga halus.
  3. Masukkan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk lain.
  4. Masukkan tepung superfine dan baking powder sedikit² ke dalam adunan kisar tadi. Kacau sebati.
  5. Selang seli dengan susu. Kacau sebati.
  6. Sedikit pewarna. Kacau sebati.
  7. Akhir sekali, baki parutan kulit limau. Kacau sebati.
  8. Panaskan oven 170C selama 20 minit, masukkan dan panaskan loyang pada 10 minit terakhir yang digris dengan marjerin dan taburkan sedikit tepung.  Bakar selama 20 minit pada suhu yang sama.

Resepi Asal : MyResepi

Oreo Chilled Cheesecake

0 komen


Bahan Base :
  • 330g biskut oreo (asingkan krim, krim jgn buang)
  • 70g butter/unsalted butter

Cara:
  1. Tumbuk² biskut oreo sampai jadi serbuk
  2. Panaskan butter/unsalted butter sampai cair, tutup api dan masukkan biskut, kacau rata.
  3. Mampatkan bahan² dalam loyang 8"
  4. Masukkan dalam peti ais sambil tu buat bahan untuk kek.

Bahan Kek:
  • 250g cream cheese  200g whipping cream
  • 1 sb gelatin, larutkan dalam air panas sampai tak berketul
  • 1 sb lemon (guna limau nipis je)
  • Krim biskut oreo yang tak bagi buang td...
  • Biskut oreo tanpa krim..patah 4...klu tak letak pun takpe...kalau letak jadilah mcm gambar tu..ada filling kat keknya..

Cara:
  1. Mixer cream cheese dan baru masukkan whipping cream dengan kelajuan sederhana selama +-5 minit.
  2. Dalam tempat lain, satukan gelatin dan air lemon.
  3. Masukkan 2. ke dalam adunan 1 tadi...mixer sekejap.
  4. Masukkan krim biskut oreo...mixer sekejap.
  5. Masukkan kepingan biskut oreo yang dah patah 4 tu dan kacau.
  6. Keluarkan Base daripada peti ais dan masukkan adunan kek.
  7. Simpan dalam peti dam 4-5 jam atau semalaman.

Nota : Tak guna gula sebab dah ganti dengan krim biskut oreo yg sangat manis...whipping cream pn guna yg manis..nak tebal doublekan adunanlah yer..

AnDa YaNG Ke-