Kek Oren Blended

0 komen


Bahan² :
  • 1 biji buah limau
  • 122g minyak
  • 70g gula halus
  • 110g telur (2 biji gred A)
  • 140g tepung superfine 
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar susu pekat
  • Sedikit pewarna oren/kuning
Cara :
  1. Buah limau diparut kulit orenya sahaja, kulit putih dibuang, buang biji dan urat putih. Potong kecil.
  2. Masuk separuh parutan kulit limau, buah limau yang dipotong, minyak, gula, telur dalam blender dan kisar hingga halus.
  3. Masukkan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk lain.
  4. Masukkan tepung superfine dan baking powder sedikit² ke dalam adunan kisar tadi. Kacau sebati.
  5. Selang seli dengan susu. Kacau sebati.
  6. Sedikit pewarna. Kacau sebati.
  7. Akhir sekali, baki parutan kulit limau. Kacau sebati.
  8. Panaskan oven 170C selama 20 minit, masukkan dan panaskan loyang pada 10 minit terakhir yang digris dengan marjerin dan taburkan sedikit tepung.  Bakar selama 20 minit pada suhu yang sama.

Resepi Asal : MyResepi

If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Kek Oren Blended"

Post a Comment

AnDa YaNG Ke-